
|
Tuesday, 1 April 2014 • 01:58 • 0 Sweet hearts
Assalamualaikum , , ,
ya Allah , rendu nyaa nak ber-blogging . terasa lama sangat tak menaip entry memandangkan jadual kelas yg padat sejak akhir akhir nie ditambah dengan program sana sini . ini pun kira bernasib baik jee sebab sempat meluangkan masa menulis entry yang tak seberapa .
sedar tak sedar dah sebulan pmg berlalu . terasa rendu pada jemaah . selepas pmg14 , aku hanya sempat meluangkan masa bersama mereka hanya sekali iaitu picnic usrah . yang lain tak sempat nak join sebab jadual kelas yang padat . alhamdulillah walaupun begitu , aku masih mengikuti perkembangan melalui group whatsapp Family Pepishah .
aku sayangkan jemaah . anggap macam family walaupun tak semua yang aku cam sebab aku memang susah nak cam orang . apa yang pasti , aku bangga jadi sebahagian dari warga pepishah . kerana apa ? kerana mereka sangat membantu aku dalam usaha mencari redha Ilahi disamping ukhwah yang mereka semaikan dalam diri aku terasa begitu kuat . cinta yang mereka cuba tanamkan dalam diri jemaah iaitu cinta terhadap Allah sangat berkesan .
terlalu banyak cinta di muka bumi ini tapi ketahuilah cinta agung adalah cinta kepada Allah . ramai juga yang pertikaikan , kenapa aku lakukan semua nie . nampak macam havoc tapi dalam senyap senyap aku berdakwah . sebab ahli jemaah pernah kata " ilmu nombor satu tapi dakwah bukan nombor dua " . aku mengaku , aku bukan insan sempurna . terlalu banyak khilaf pada diri aku nie . mungkin tak layak pun untuk aku buat semua nie tapi ,, andai ini yang akan menjadi saham buatku di akhirat nanti , aku rela . kita banyak dosa , tak terlepas dari dosa dan amalan yang kita lakukan pun belum tentu Allah terima . tapi ingat lahh , antara amalan yang tak terputus walaupun kita mati nanti ialah ilmu bermanfaat yang kita sampaikan dan mereka amalkan . Allahu Rabbi . jadi sebab itulah , walau diri ini terasa kerdil untuk melakukan aktiviti dakwah ini , aku tetap kuatkan hati untuk terus berdakwah . terima kasih jemaah sebab banyak membantu aku .
shafikah : tarbiyyah diri bersama jemaah . istiqamah dalam usaha menuju ke syurga . jangan berputus asa dan ingat , dakwah adalah cinta .
|
|