
|
Monday, 3 February 2014 • 05:42 • 0 Sweet hearts
Assalamulaikum . 30/1/2014 - 2/2/2014 baru baru nie , eyka telah menyertai program anjuran PEPIAS iaitu program Perkampungan Menara Gading ke -14 ( PMG14 ) . program ni sebenarnya khusus untuk pelajar lepasan SPM , STPM , STAM . tapi eyka yang dah memang sambung study ni pun pergi jugak sebab ingin merasa pengalaman di samping menambah ilmu tentang apa yang sepatutnya ada dalam diri mahasiswa . this is the best ever . why ? sebab program ini banyak diselitkan dengan agama supaya belia zaman sekarang tidak menyimpang jauh dari landasan yang sepatutnya . eyka tidak pergi berseorangan tapi pergi dengan seorang sahabat iaitu Farisya .
apa yang boleh eyka simpulkan mengenai program ini , pelajar pelajar dapat mempersiapkan diri masing masing agar lebih bersedia dengan cabaran di IPT setelah bergelar mahasiswa . bukan sahaja bersedia dari segi mental dan fizikal , malah dari segi rohani juga . tema kali ini ialah " mahasiswa mukmin penerus harapan ummah " . bagusnya program ini kerana ia melatih pelajar agar komited dengan amalan sunat selain amalan wajib seperti qiyamullail , solat dhuha , bacaan al-ma'thurat , bacaan al-Mulk . pelajar pelajar juga didedahkan dengan aktiviti aktiviti yang mencabar akal dan minda yang mana mempunyai nilai nilai yang diterapkan agar pelajar pelajar tahu apa yang sepatutnya mereka ada dan mereka perlu setelah bergelar mahasiswa . mereka juga dilatih untuk bermasyarakat agar ukhwah sesama Islam terus terjalin mesra kerana motifnya adalah belia kini membantu menyelamatkan ummat yang terpesong jauh .
antara nya paling eyka suka dalam program ini yang pertama nya ialah apabila makan , suapan pertama bukan untuk diri sendiri . suapan pertama untuk orang sebelah kan , suapan kedua untuk suapan sebelah kiri dan suapan ketiga baru lah untuk diri sendiri . ini yang mengeratkan lagi ukhwah sebenarnya dan dalam masa yang sama ianya mengingatkan diri untuk tidak pentingkan diri sendiri sahaja . semoga Islam terus maju kerana keteguhan iman dan ikatan persaudaraan ummat nya . Allahu Rabbi .
inilah gambar terakhir kami sebelum mengakhiri program . i really miss this moment .
|
|