
|
Wednesday, 1 January 2014 • 06:45 • 0 Sweet hearts
2013 , akhirnya kau pergi tinggalkan aku . terima kasih kerana memberikan aku kesempatan untuk aku mencoretkan kisah hidup aku sepanjang aku bersama kamu . walaupun kamu banyak memberikan aku kenangan pahit tapi aku tahu itu bukan salah kamu . itu semua pengajaran buat aku untuk terus matang dalam kehidupan . agar aku lebih siap untuk terus maju ke depan . kamu juga banyak memberikan aku pengalaman manis yang mana itu semua akan membuatkan aku sedar bahawa hidup bukan selamanya duka . terima kasih atas kerjasama . pergilah kamu dan pemergianmu tidak akan ku tangisi .
2014 , kini tiba masa nyaa untuk aku dan kamu mencipta memori bersama . apa yang aku harapkan semoga aku memperoleh kebahagiaan sepanjang dengan mu . janganlah kamu sakiti aku walau sedikit pun . aku sudah penat di sakiti , aku sudah letih di benci . tapi andai kamu masih mahu menyeksa aku , maka aku sudah siap untuk itu . try me if you dare !
Assalamualaikum Shafikah Sukri . Wahai diri , hari ini adalah 1 januari . Permulaan bagi tahun 2014 yg bakal dinikmati bagi semua umat manusia . Sudah bersediakah kau wahai diri untuk memperjuangkan hidupmu melakar garis garis gembira mencanting lukisan lukisan bahagia ? Kepada hati , sudah kah kamu membentengkan dirimu dgn semangat dan tekad agar terus tabah dan kuat untuk mengharungi segala percaturan hidup yg bakal kau tempuhi ? Kepada iman , apa khabar diri mu dan apakah ia masih teguh untuk berusaha seikhlasnya demi mencapai redha Ilahi ? Jangan kau takut wahai diri , jangan kau bimbang wahai hati , jangan kau gusar wahai iman . Bersiaplah kalian untuk segala pengalaman suka duka manis pahit kehidupan yg bakal kalian tempuhi sepanjang 2014 nanti . Ingatlahh wahai diri , hidup ini penuh dengan manusia bertopengkan haiwan . Seandai nyaa ada insan yang cuba memjatuhkan diri mu , jangan di layan mereka itu . Anggap lahh mereka adalah insan malang kerana tidak berjaya membangunkan diri mereka sendiri kerana itu mereka berusaha menjatuhkan orang lain . Anggap lahh masalah itu sebagai cabaran untuk terus matang dalam kehidupan , untuk kamu terus tabah mengharungi segalanyaa . Pesanku , jangan biarkan dirimu goyah dan mudah jatuh , sekiranya terjatuh maka bangkitlah dengan segera . Bersyukur saat suka , beristighfarlah saat duka . Jauhi prasangka buruk dan cubalah husnudzon . Semoga kamu kuat dan terus kuat kerana dirimu tidak akan mampu membantu orang lain menjadi kuat seandainyaa kamu sendiri pun belum cukup kuat . Moga Allah memberkati diri ini . Selamat datang 2014 . Semoga kehadiranmu akan membuka lembaran baru yg lebih membahagiakan jiwa . La Takhaf wa La Tahzan , Innallaha Ma'ana .
|
|