
|
Sunday, 15 December 2013 • 21:11 • 0 Sweet hearts bila kau letih dan hilang semangat , Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya . bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka , Allah telah mengira air mata mu .
kerana Allah aku dilahirkan . kepada Allah aku akan dikembalikan . dengan itu ya Allah , dengan redha dan ikhlas , aku serahkan diriku , jasad bersama rohku , hati dan jiwaku , semuanyaa untukMu ya Allah . segala ketentuanMu aku terima . segala galanyaa . apa jua takdir yang Kau telah aturkan , aku siap untuk menerima . jika bahagia yang perlu aku kecapi , mohon jagakan hati ini agar pandai bersyukur dengan nikmat Mu . jika derita yang perlu aku hadapi , mohon kuatkan hati ini agar tidak mengeluh dengan ujian Mu . jadikanlah aku hamba Mu yang tabah ya Allah . jadikanlah aku hamba Mu yang tidak mudah berputus asa menempuh ranjau kehidupan .
menangislah wahai diri . menangislah selagi mampu . menangislah kalau itu yang kau rasa perlu . menangislah sepuasnya sehingga satu saat air mata mu kekeringan dan tidak mampu untuk menangis lagi . bersabarlah wahai hati . bersabarlah selagi mampu . semoga kau terus tabah wahai hati . setelah sekian lama kau bersabar dengan pelbagai dugaan , janganlah kini kau menyerah . aku merayu pada kau wahai hati , tidak kira betapa beratnya ujian melanda , berapa sakit dan seksa kau dilukai , mohon kau kuat dan terus utuh . redha kan lah olehmu wahai hati untuk disakiti dan dilukai asalkan kebahagiaan milik mereka . turutkanlah kemahuan mereka wahai hati jika itu yang mampu membuatkan mereka puas .
shafikah sukri : La Takhaf wa La Tahzan Innallahama'ana .
|
|