
|
Saturday, 30 November 2013 • 01:36 • 0 Sweet hearts
assalamualaikum .
puan bonda , warkah ini adalah untuk puan bonda tercinta . seandai nyaa ada terkasar bahasa , tersilap bicara , tersalah kata kata , maafkanlah anakanda .
puan bonda , tiada insan lain di dunia ini yang anakanda laburkan kasih sayang anakanda pada nya melebihi cinta anakanda buat bonda . puan bonda , kalau lah puan bonda tahu betapa anakanda mu ini terlalu takut kehilangan mu .
puan bonda , anakanda lah satu satu nya insan yang terlalu mengkagumi puan . puan terlalu tabah orang nya . terlalu kuat hati nya . kadangkala anakanda yang menangis mengenangkan ketabahan yang puan tunjukkan demi membuat anakanda bahagia .
puan bonda , anakanda sentiasa berdoa agar puan sentiasa dimurahkan dan ditambahkan rezeki yang melimpah ruah oleh Allah . semoga puan dipanjangkan umur dengan keberkatan dan keredhaan Ilahi . semoga puan sentiasa bahagia dan mencapai setiap apa yang puan inginkan .
puan bonda , suka anakanda beritahu di sini bahawa anakanda sentiasa merindui puan setiap saat , setiap detik , setiap waktu . andai anakanda di beri pilihan , akan anakanda bawa puan bersama ke mana sahaja anakanda berada kerana anakanda tidak betah untuk hidup tanpa puan bonda .
puan bonda , terima kasih anakanda ucapkan atas jasa puan yang tidak ternilai banyak nya . terima kasih atas kesudian puan mengandungkan anakanda , malahirkan serta menjaga anakanda , menatang bagai minyak yang penuh , bersusah payah demi melihat anakanda senang . anakanda tahu , puan telah banyak berkorban demi anakanda .
puan bonda , anakanda berjanji akan membalas segala jasa puan selagi hayat anakanda di kandung badan . anakanda akan berusaha sedaya upaya anakanda membahagiakan puan . anakanda berjanji tidak akan meninggalkan puan keseorangan melainkan maut yang memisahkan .
puan bonda , telah banyak dosa anakanda pada puan selama anakanda hidup . tiada apa yang anakanda harapkan melainkan keampunan dari puan semata mata . diharapkan puan dapatlah memaafkan anakanda dunia dan akhirat .
puan bonda , akhir kata dari anakanda , sesungguhnya puan , anakanda cintakan puan ik
|
|