Friday, 19 September 2014 • 18:32 • 0 Sweet hearts

manusia .
 ada yang baik .
 ada yang jahat . 
ada yang berpura pura baik  .
 ada yang berpura pura jahat . 
sengaja . 
motif ? 
aku sendiri bingung .
 entah , biarlah . 
asal mereka bahagia .
 apa yang aku perlu tahu , berhati hati itu wajib . 
kadangkala muncul manusia bertanduk dua . 
haih manusia manusia . 

Wednesday, 2 July 2014 • 21:54 • 0 Sweet hearts


assalamualaikum geng . rasa nyaa dah lama tak menulis entry , haih rendu sebenarnyaa tapi apa kan daya masa tidak mengizinkan . yeayyyyyyy finally eyka dah pun habis belajar and now tunggu untuk habis practical jee . so sementara tunggu panggilan internship , eyka direhatkan selama dua bulan . punya lah malas diri nie nak pergi cari kerja partime , so eyka memilih untuk duduk kat rumah buat lah pape keje yang patut . 

heh mesti bengang banyak sangat intro sampai taktahu mana punchline yang kena dengan tajuk kan ? okayy so mehh sini dekat sikit eyka nak bercerita . long story short , eyka pun bila dah tak kerja so duduk je lah rumah merasa jadi suri rumah untuk dua bulan nie . haih ramai yang kata jadi suri rumah nie senang . heyyyy who say ?? suri rumah bukanlah pekerjaan yang mudah . suri rumah akan bekerja dari mula dia bangun pagi sampai lah dia pejam mata untuk tidu malam . 

bayangkan dia bangun pagi sediakan sarapan untuk orang orang yang ada dalam rumah , kemudian kemas meja makan . sapu sampah , basuh baju , kemas rumah , kemas dapur , sidai kain . tak cukup dengan tu kena masak makan tengahari pulak . baru jee dia nak rehat , bebudak balik sekolah sepahkan rumah . ye , memang para suri rumah nie akan membebel penat sebab baru jee kemas tapi dah bersepah balik . tapi ada dia membebel sambil goyang kaki ? tidak !! dia membebel tapi tetap sanggup untuk mengemas semula . basuh pulak pinggan yang bertimbun dalam singki lepas makan tengahari . bagi yang ada anak kecil , baru jee nak rehat layan telenovela dah tak jadi kena layan anak merengek . haih berat bukan ? 

tidak cukup dengan semua tu , dia kutip kain di ampaian , dilipatnya sekemas yang mungkin , simpan dalam drawer . kemudian sediakan juadah minum petang . malam kemas lagi rumah yang mula sepah sikit sikit sebab anak anak . siapkan baju sekolah anak . siapkan baju kerja suami . siapkan makan malam keluarga . selepas makan , kemas dapur , kemas singki . the ending , baru dapat tidur . fuhhhhhhh penat . buat kerja tak berhenti . mungkin tak semua suri rumah sesibuk ini . tapi yakinlah 85% suri rumah memang tidak ada rehat di rumah . lebih lebih lagi yang jenis berbisnes secara online di rumah . masa tu terpaksa di bahagi kan dengan kerja kerja suri rumah , untuk jaga anak , untuk uruskan bisnes lagi . 

wahhhh besar nya pengorbanan seorang suri rumah . so lepas nie jangan gelakkan atau menghina pekerjaan suri rumah . mungkin anda sudah cukup hebat dengan pekerjaan anda masing masing tapi fikirlah kembali , dimana masa anda untuk anak anak ? mana masa anda untuk kebajikan keluarga ? mana masa anda untuk menguruskan rumah ? hanya teserah pada bibik ? siapakah yang menjadi ibu , anda atau bibik ? ya , suri rumah juga yang punya masa untuk semua itu . 

last but not least ,



Friday, 16 May 2014 • 21:34 • 0 Sweet hearts

assalamualaikum ,,
i'm quite sad sebab takk lama lagi nak habis belajar dah so kena get ready untuk praktikal dan kerja . sedih sangat nak tinggalkan Silverspoon International College sebab banyak sangat kenangan pahit manis suka duka tawa tangis semua kat sini . yang pahit pun bila dikenang semula tetap jadi kenangan manis . aku takkan lupakan walau sesat pun semua pengalaman yang hadapi sepanjang hidup aku kat sini . 

kat sini lahh aku belajar berjimat dengan apa yang ada sebab hidup tak semestinya selamanyaa mewah . aku belajar kenal mana kawan mana lawan . aku belajar bahawa persahabatan itu memerlukan pengorbanan dan kesanggupan hati untuk melalui onak duri bersama sama . aku belajar kenal erti kehidupan . aku belajar erti hidup atas kaki sendiri . aku blajar macam mana susahnya cari rezeki . aku belajar mengenal pelbagai jenis ragam manusia di muka bumi . aku belajar erti tanggungjawab dan amanah . aku belajar banyak lagi , terlalu banyak sampai tak ingat dah nak tulis apa kat blog nie . 

hidup perlu diteruskan , manusia pergi silih berganti , tapi ketahuilah memori dan kenangan yang terpatri di ingatan dan hati ini takkan pernah mati . chef ainaa , chef paul , chef liyana , chef kent , chef siti , pn aisyah , en.nafisz , en.suffian , pn.baiti , en.sher , en.fahmi , en.sham , kamaliah , kecik , aziah , sarah , dhia , dayah , ida , eycah , pqah , gong , farez , meor , farid , paan , aidil , wan , amsyar , ilham , sufi , mat dan ramai lagi kawan kawan , semua nyaa pernah punya memori dengan aku . takkan aku lupakan kalian . serius sedih nak tinggalkan korang tapi aku terpaksa pergi . aku harap korang takkan lupakan aku . menangis beb aku tulis entry nie . terasa begitu melankolik macam pasir masuk mata . heh terfaktab .

entahlah . banyak benda yang aku nak ceritakan di sini tapi takut yang membaca entry ini akan baling batu kat aku sebab panjang sangat dan membosankan . maka aku memilih untuk simpan semua story dan memori biat terpahat hanya dalam ingatan aku . aku harap semua kawan kawan tak lupakan aku dan aku harap sangat korang akan merindui aku macam mana aku merindui korang . 

• 21:01 • 0 Sweet hearts

bila aku mula penat ... penat dengan sandiwara dunia , penat dengan karenah manusia , penat nak jaga hati orang , penat dengan semua nyaa ,, SEMUA NYAA .. maka aku memilih untuk berdiamkan diri . hati aku nie dah mati . buatlah apa korang nak buat , aku dah tak peduli . haih bersabarlahh wahai hati . 
ingat hidup ni cuma sementara . apa yang pasti , mati itu pasti . 
kau tak suka orang marah marah kau tak tentu hala , tapi kau dengan sesedap rasa marah orang . nak orang ikut kata kau . #kaurasa ? 
kau kata menyampah tengok loving couple yang suka abaikan kawan kawan sendiri , tapi kau belum couple lagi dah abaikan kawan kawan kau sebab seorang lelaki . #kaurasa ? 
kau tak suka aku keluar tinggalkan kau , kata aku tak pedulikan kau , tapi bila kau buat camtu boleh pulakk . #kaurasa ? 
kau cakap macam macam yang kau taksuka , bila orang buat benda tu mula lah kau terasa hati , tapi pernah fikir tak perasaan orang lain bila kau buat benda yang dorang tak suka ? tak pernah kan ? bagi kau , kenapa mesti kau ikut cakap orang padahal kau tak sedar orang yang tengah ikut cakap kau sebenar nyaa . #kaurasa ?

kau rasa tak apa aku rasa ? takk ! sebab kau pentingkan diri kau . kau nak semua benda ada hak kepentingan kau . langsung tak fikirkan orang lain . jujur cakap , pada mula nyaa memang aku tak kesah sangat tapi bila dah melampau sangat , kau rasa aku boleh tahan ke ? menyampah tahu menyampah ? 
bila kau ada masalah , kau kunci diri kau dalam bilik . tapi bila aku kunci diri aku dalam bilik , kau marah sebab tak dapat masuk . kau marah sebab kau rasa aku anggap kau tak penting . weyhhhhh , fikir lahh sikit . apa perasaan aku bila kau kunci bilik ? aku pun bayar sewa rumah apa . aku ada hak masuk bilik aku taw . tapi ada aku marah kau macam kau marah aku ? tak pernah weyh tak pernah . aku sayang kawan kawan aku . aku tak suka bermasam muka dengan kawan kawan aku . so aku diamkan jee . aku pendamkan jee . sampai hati aku ni jadi mati . mati sebab jelak dengan permainan kau . 

kau pernah tanya " eyka , kalau aku kata aku kecewa ngan kau , apa kau rasa ? " . aku kata " takda rasa apa . aku taktahu nak rasa apa " then kau kata aku kejam tak punya perasaan . nahhhhhhh ini jawapan ku wahai teman :-
kawan , jujur aku cakap aku sedih dengan diri aku sendiri sebab telah mengecewakanmu . aku minta maaf sebab tak dapat menggembirakan hatimu . sejujurnya aku telah pun tahu apa salahku yang menyebabkan kau kecewa itu . tapi aku mengendahkan nyaa sebab aku juga sedang kecewa dengan kamu . kau sering menyalahkan aku tapi kau lupa memandang salahmu sendiri . kecewa kau dengan aku , kecewa lagi aku denganmu . maafkan aku wahai kawan.
pesan pada diri : tabah lahh eyka . bisik kan pada hati supaya lebih utuh untuk menghadapi semua nyaa . ini semua ujian , ujian kehidupan .


Tuesday, 1 April 2014 • 01:58 • 0 Sweet hearts

Assalamualaikum , , , 

ya Allah , rendu nyaa nak ber-blogging . terasa lama sangat tak menaip entry memandangkan jadual kelas yg padat sejak akhir akhir nie ditambah dengan program sana sini . ini pun kira bernasib baik jee sebab sempat meluangkan masa menulis entry yang tak seberapa . 


sedar tak sedar dah sebulan pmg berlalu . terasa rendu pada jemaah . selepas pmg14 , aku hanya sempat meluangkan masa bersama mereka hanya sekali iaitu picnic usrah . yang lain tak sempat nak join sebab jadual kelas yang padat . alhamdulillah walaupun begitu , aku masih mengikuti perkembangan melalui group whatsapp Family Pepishah . 

aku sayangkan jemaah . anggap macam family walaupun tak semua yang aku cam sebab aku memang susah nak cam orang . apa yang pasti , aku bangga jadi sebahagian dari warga pepishah . kerana apa ? kerana mereka sangat membantu aku dalam usaha mencari redha Ilahi disamping ukhwah yang mereka semaikan dalam diri aku terasa begitu kuat . cinta yang mereka cuba tanamkan dalam diri jemaah iaitu cinta terhadap Allah sangat berkesan . 


terlalu banyak cinta di muka bumi ini tapi ketahuilah cinta agung adalah cinta kepada Allah . ramai juga yang pertikaikan , kenapa aku lakukan semua nie . nampak macam havoc tapi dalam senyap senyap aku berdakwah . sebab ahli jemaah pernah kata " ilmu nombor satu tapi dakwah bukan nombor dua " . aku mengaku , aku bukan insan sempurna . terlalu banyak khilaf pada diri aku nie . mungkin tak layak pun untuk aku buat semua nie tapi ,, andai ini yang akan menjadi saham buatku di akhirat nanti , aku rela . kita banyak dosa , tak terlepas dari dosa dan amalan yang kita lakukan pun belum tentu Allah terima . tapi ingat lahh , antara amalan yang tak terputus walaupun  kita mati nanti ialah ilmu bermanfaat yang kita sampaikan dan mereka amalkan . Allahu Rabbi . jadi sebab itulah , walau diri ini terasa kerdil untuk melakukan aktiviti dakwah ini , aku tetap kuatkan hati untuk terus berdakwah . terima kasih jemaah sebab banyak membantu aku . 


shafikah : tarbiyyah diri bersama jemaah . istiqamah dalam usaha menuju ke syurga . jangan berputus asa dan ingat , dakwah adalah cinta . 




Monday, 3 February 2014 • 05:42 • 0 Sweet hearts


Assalamulaikum . 30/1/2014 - 2/2/2014 baru baru nie , eyka telah menyertai program anjuran PEPIAS iaitu program Perkampungan Menara Gading ke -14 ( PMG14 ) . program ni sebenarnya khusus untuk pelajar lepasan SPM , STPM , STAM . tapi eyka yang dah memang sambung study ni pun pergi jugak sebab ingin merasa pengalaman di samping menambah ilmu tentang apa yang sepatutnya ada dalam diri mahasiswa . this is the best ever . why ? sebab program ini banyak diselitkan dengan agama supaya belia zaman sekarang tidak menyimpang jauh dari landasan yang sepatutnya . eyka tidak pergi berseorangan tapi pergi dengan seorang sahabat iaitu Farisya . 

apa yang boleh eyka simpulkan mengenai program ini , pelajar pelajar dapat mempersiapkan diri masing masing agar lebih bersedia dengan cabaran di IPT setelah bergelar mahasiswa . bukan sahaja bersedia dari segi mental dan fizikal , malah dari segi rohani juga . tema kali ini ialah " mahasiswa mukmin penerus harapan ummah " . bagusnya program ini kerana ia melatih pelajar agar komited dengan amalan sunat selain amalan wajib seperti qiyamullail , solat dhuha , bacaan al-ma'thurat , bacaan al-Mulk . pelajar pelajar juga didedahkan dengan aktiviti aktiviti yang mencabar akal dan minda yang mana mempunyai nilai nilai yang diterapkan agar pelajar pelajar tahu apa yang sepatutnya mereka ada dan mereka perlu setelah bergelar mahasiswa . mereka juga dilatih untuk bermasyarakat agar ukhwah sesama Islam terus terjalin mesra kerana motifnya adalah belia kini membantu menyelamatkan ummat yang terpesong jauh . 


antara nya paling eyka suka dalam program ini yang pertama nya ialah apabila makan , suapan pertama bukan untuk diri sendiri . suapan pertama untuk orang sebelah kan , suapan kedua untuk suapan sebelah kiri dan suapan ketiga baru lah untuk diri sendiri . ini yang mengeratkan lagi ukhwah sebenarnya dan dalam masa yang sama ianya mengingatkan diri untuk tidak pentingkan diri sendiri sahaja . semoga Islam terus maju kerana keteguhan iman dan ikatan persaudaraan ummat nya . Allahu Rabbi . 


inilah gambar terakhir kami sebelum mengakhiri program . i really miss this moment . 





Saturday, 25 January 2014 • 08:11 • 0 Sweet hearts


whaddup frenz ? sihat ? sekarang nie musim sakit taw so please beware . jaga kesihatan , kawal pemakanan , tinjau persekitaran . haih -,- sakit menjelang lagi . just same like me . lately nie aku kerap sangat sakit kepala . memang aku ada sakit maigrain tapi dulu tak teruk sangat . dulu kalau kena pun at least once a month . tapi sekarang setiap hari sakit . sakit yang sangat sakit sampai kadang kadang rasa nak muntah , rasa nak pitam , rasa nak nangis . kalau sampai rasa nak nangis tu kira dah serious case , sakit sangat lerr makna nya tu . 

itu baru sakit tak fizikal . luaran bak kata orang . tang sakit dalaman tu belum kira lagi . mungkin sakit dalam tu yang memudaratkan lagi sakit luaran . apa menda nya pulak sakit dalaman tu ? ahhh tak perlu lah aku hebahkan di sini . cukup kalian tahu ianya melibatkan hati .


orang kata sakit itu kafarah dosa . sakit itu diturunkan untuk meringankan bebanan dosa . andai itu adalah benar , maka aku redha . berat benar dosa ku jika hendak dibandingkan dengan pahala yang tidak seberapa . aku sedar aku hanya lah hamba Nya yang penuh dengan noda maka jika Dia ingin menghukum aku dengan cara ini , maka aku rela walau terpaksa menahan sakit . aku rela . 



Tuesday, 14 January 2014 • 00:00 • 0 Sweet hearts


i really feel that i am a failure . i'm failed to be such a good partner for my roomate and housemates . am i ? yes , i'm useless ! roomate aku , kamaliah a.k.a kama , pernah luahkan perasaan kat aku . ini bukan perasaan cinta ke apa sebab kami bukan pasangan lesbian . dia cuma luahkan perasaan kecewa nya pada aku . sedih dengan sikap ku . katanya , dia sedih bila aku jarang meluangkan masa aku dengan beliau dan housemates yang lain . jarang keluar bersama , lepak bersama .. seringkali aku menolak ajakan mereka . kata nya , sampai hati aku takmahu bersusah menaiki bas dan sebagainya untuk keluar bersama mereka , padahal bila aku di kkb , aku selalu sangat keluar dengan kawan kawan ku tanpa mengira masa mungkin kerana di sana ada motor dan kereta . kama juga ada bagitahu aku yang aku jarang bercerita mengenai susah duka masalah aku pada nyaa padahal macam macam yang dia dah baca di twitter aku . dia merasakan diri nya bukan kawan yang bagus sb tak mampu membantu aku saat aku kesusahan . dia juga kecewa kerana setiap malam aku akan oncall dengan piejan . yes , every night without failed . and call tu akan berakhir dengan aku yang terus tertidur . maka dia rasa , aku sememangnya tiada masa untuk bersembang , bergossip , bersama sama menghabiskan masa bersama ketika malam . seolah olah aku memang tidak mahu bersama mereka . masa yang ada waktu siang pula amat terhad kerana hanya di kolej dan kelas . bila tiba saat hujung minggu , aku akan pulang ke kkb untuk berjumpa dengan ibu . tidak pernah aku tidak pulang melainkan jika ada hal yang penting yang melibatkan kolej . ya , nampaknya kama tersangat kecewa .


dear my lovely housemates especially kama and kecikk ,
i'm so sorry and i really hope that you guys can forgive all of my mistakes . here is my reason why i did all of that :-

* aku tiap minggu balik kkb - friends , kalau lah korang tahu sebenarnya aku memang takda pilihan selain balik kkb . aku ada ibu , aku ada keluarga aku . bukan maksud aku yang aku menafikan korang juga punya keluarga , korang juga ada ibu masing masing . tapi kawan , aku ada prinsip aku . selagi ibu ku masih bernyawa , seboleh mungkin aku mahu masa ku hanya bersama dia , seboleh mungkin aku hanya mahu lihat dia gembira , seboleh mungkin aku hanya mahukan dia . kerana aku risau kawan , aku risau aku sudah tidak punya banyak masa , aku risau aku tidak sempat melihat dia bahagia , aku risau senyuman nya bukan kerana aku . syurga aku di tapak kaki nya , maka kalian ingat aku akan biarkan dia semata hal yang lain nya ? bukan aku tak pernah kata " ibu , kakak jealous tengok kawan kawan kakak . setiap kali kakak balik puchong , dorang selalu cerita dorang pergi sana lahh , sini lahh , tapi kakak takda pun . kakak pun teringin juga jenjalan dengan dorang . nanti kalau kakak dah habis study , kakak takda pun kenangan ngan dorang . kakak tengok kan ibu , dorang jarang balik , mak ayah dorang macam rileks jee ibu " . dan apa yang kalian harapkan jawapan yang ibu ku berikan ? memberi pelepasan untuk aku tidak pulang dan bersama kalian ? tidak , bukan itu jawapan yang ibu ku berikan . kata ibu ku " kemana pun kakak pergi , sejauh mana sekalipun , kakak kena ingat yang hubungan kekeluargaan itu lebih bermakna dari segala nya . kenapa kakak mesti cemburu dengan dorang sedangkan kakak yang patut di cemburui . ibu tak pernah ajar anak anak ibu untuk lupakan komitmen nya pada keluarga . sebab tu bila ada peluang cuti walaupun sekejap , ibu bawa korang balik kampung . sebab ibu nak anak anak ibu faham , yang keluarga penting mengatasi segalanya " . ya , dan kerana itu lah aku tak pernah lupa untuk balik kkb setiap hujung minggu . bukan sekadar rindu semata-mata yang sering aku beritahu pada kalian . aku harap kalian faham keadaan aku .

* aku sering menolak ajakan kalian untuk keluar berjalan bersama sama - housemates yang aku sayangai , perlu kalian fahami yang aku ini lemah dalam menjaga iman . memang sifat dan sikapku yang pantang melihat perkataan " sale " , " jualan murah " , " cut off to 10% , 30% " dan yang seumpama dengan nya . kadang kala , tanpa ada sebarang promosi pun aku akan membeli apa sahaja yang aku suka tanpa aku lihat dulu harga nya . aku memang gagal dalam mengawal nafsu ku ketika berbelanja . lagi pula , bila keluar sudah tentu bukan sekadar perlu berbelanja , tapi tambang , makan , itu juga perlu di ambil kira . mungkin kalian akan kata aku cuma beralasan sedangkan keluarga ku punya bisnes yang bukan sekadar satu , ibu serta abah juga sering berbelanja melebihi keperluan semata di mana harga nya amat menyentap tangkai jiwa , jadi mana mungkin aku tidak mampu utk mengeluarkan sedikit belanja ketika bersama kalian . ya aku mengaku , aku bukanlah dari keluarga daif atau susah . aku mengaku aku bukanlah tidak mampu . tapi kalian juga perlu tahu yang harta itu milik keluarga ku bukan harta aku . bukan sifat aku untuk sewenang-wenang nya menghabiskan duit ibu bapaku demi kepentinganku sendiri walaupun tidak ada salahnya jika aku buat begitu . aku cuma mahu mendidik diri aku untuk tidak boros dalam berbelanja , aku cuma mahu diri aku mengecapi nikmat atas usaha ku sendiri . sebab itulah aku cuma guna duit ptpk walaupun ibu masih boleh bagi duit kalau aku minta . lagi pula , aku tidak mahu jadi manusia yang pentingkan diri , aku sedar aku masih punya ramai adik adik yang juga memerlukan bantuan ibu bapaku maka wajarkah aku mengabaikan hak mereka ? kawan , sedarlah yang aku bukan sengaja tidak mahu berjalan jalan bersama kalian . 

* malam malam ku hanya dihabiskan untuk bersama piejan - mungkin kalian lupa agaknya yang aku dengan piejan bukan seperti pasangan cinta yang lain . mungkin saja kalian boleh berjumpa dengan pasangan masing masing hampir setiap hari , jika tidak pun sekurang kurang seminggu sekali atau sebulan sekali . tetapi aku , dalam setahun tu boleh dikira dengan jari hanya berjumpa untuk beberapa kali . siang aku dihabiskan untuk belajar , siang nya pula dihabiskan untuk berkhidmat demi negara . jadi kami hanya ada waktu malam untuk saling bertukar cerita , meluangkan masa bersama sama . walaupun bukan selalu kami gembira kerana kalian sendiri dapat lihat yang kami sentiasa bergaduh , tapi bagi aku itu sudah cukup buat aku rasa bahagia . cukup sekadar dapat mendengar suara walaupun tiada peluang bertentang mata . 

* kesusahan aku jarang dikongsikan bersama - maafkan aku sekali lagi andai sikapku ini membuat kalian terluka . bukan aku tak mahu bercerita tapi aku cuma tidak mahu membebankan sesiapa . kalau nak cerita , sampai bila bila pun korang hanya lihat hidupku dipenuhi derita . cukuplah aku selalu cerita kisah suka saat ceria kerana bagi aku jika kalian gembira , aku akan lebih gembira . andai ada yg aku tulis di twitter pun , ketahuilah bahawa itu semua tidak lahh seberapa kerana beban yang tertanggung di hati ini jauh lebih sengara dari apa yang kalian baca di twitter . lagi pula aku tidak mahu berkongsi permasalahan ku bersama kalian kerana aku rasa yang aku masih boleh bertahan . selagi aku mampu untuk mengendalikan masalah ku sendiri , aku akan tanggung sendiri tanpa menyusahkan sesiapa . aku di ajar dan di latih untuk berdikari , berdiri di atas kaki ku sendiri . tidak perlu kalian risau akan diri ku kerana aku tahu manage hidupku sendiri . cukuplah sekadar aku dapat buat kalian gembira maka aku juga akan gembira . andai aku tidak mampu menjadi punca mengapa kalian gembira , cukup lah sekadar aku dapat melihat kalian bahagia maka aku juga akan bahagia meski aku bukan penyebab kepada kebahagiaan kalian . maafkan aku kawan andai aku tidak sempurna .


tidak pernah terlintas di hati ini membuat kalian terluka . tidak terniat pada diri ini untuk membuat kalian kecewa . tidak pernah terfikir di minda ini untuk membuat kalian berduka . aku minta maaf andai aku tidak sempurna , aku tidak mampu buat kalian merasa bahagia . aku juga minta maaf andai kalian merasa aku tidak mahu meluangkan masa dengan kalian secara sengaja . i swear , i never meant to hurt you . i hope all of you especially kama and kecikk can forgive all of my mistakes . deep in my heart , i really feel lucky to have all of you as my housemates . you alls are very awesomes , the gift that Allah brings to me . thanks for being my lovely kind housemates . i love you actually and never thought to hurt you . i'm sorry and so sorry . 


Saturday, 4 January 2014 • 04:17 • 0 Sweet hearts


hello gais , come on lahh . kamu berdendam ? Allahu Rabbi . jangan lahh macamtu . tidak ke kamu tahu dendam itu adalah racun hati . ia akan menggelapkan hati kamu untuk melihat dan menerima keadaan , ia akan membutakan naluri kamu untuk satu nilai maaf yang sepatutnya kamu amalkan . mesti pelik kenapa hari nie diriku yang agak cute nie ( konon nya ) bukak topik pasa dendam . entry lepas pasal syurga pada ibu . aneh aneh jee kan ? takda apa yang di hairankan nya . sebenarnya ada hamba Allah nie yang pada aku patut dia tahu kebenaran pasal dua topik penting nie . bukan apa , kalau direct cakap risau kalau bawak gaduh je sebab nya dia adalah salah sorang yang aku sayang jadi sudah tentu sekali aku takmahu bermasam muka dengan nya . lagi pula kalau di kongsikan begini , bukan sahaja dia malah kalian juga boleh ambil pengajaran dan aplikasikan dalam kehidupan . bukan aku nak berlagak bagus atau sebagai nya , ini hanya perkongsian bersama yang mana kalian begitu juga aku boleh jadikan iktibar dalam kehidupan sebab aku sedar diriku yang hina lagi sadohh ni tidaklah baik mana pun . 


baik lah , sekarang masing masing sila bersihkan hati luruskan niat lapangkan fikiran sebelum meneruskan pembacaan . ni nak tanya , apasal korang suka sangat berdendam ? best sangat ke ? dah cukup tenang ke ? bukan ke bila korang berdendam , korang akan terus rasa marah , buad kerja serba tak kena , mulut asyik nak mencarut , dada berombak ombak , muka memang tak payah cakap lah aku sure korang tayang muka ketat punya . tak best betul tak ? guys , come on lah . kalau korang di sakiti , di aniayai , di khianati , di bohongi dan macam macam " di " lah kan , belajar lah untuk memaafkan dan melupakan . andai kamu tidak mampu untuk melupakan , cubalah untuk memaafkan . sungguh , aku tahu memaafkan itu tidak semudah menghafal abjad A B C tapi percayalah , sekiranya kamu memaafkan , kamu akan rasa jiwamu tenang , hatimu lapang , mindamu tidak terbeban dengan serabut yang tidak tentu hala mana datang nya . 

jangan kata :-
# aku dah lama sabar , dah cukup sabar dah ni , dia masih macam tu jugak . sampai bila lagi aku nak sabar ?
# dia sangat melampau . dah macam macam dia buat . aku tak rasa dia perlu di maafkan .
# kalau aku senang senang maafkan dia , dia akan buat balik salah dia . jadi , patut ke ?
# aku tak mungkin maafkan dia . sebab dia lah aku jadi macam ni 
# selagi aku tak balas dendam , aku takkan puas 
and bla bla bla lagi alasan dari kalian .

hello guys , tolong lah bangkit dan sedar itu semua bisikan syaitan supaya kamu terus hidup dalam alasan demi alasan . betul ke kamu akan benar benar puas setelah dendam mu terbalas ? akan terlalu puaskah kamu ? kalau kamu gelarkan dia sebagai syaitan kerana sanggup menyakiti kamu , maka apa beza nya kamu dengan dia jika kamu membalas nya ? kalau dia syaitan , kamu itu apa , iblis ? maaf andai kata kata ku agak kasar , tapi niat ku hanya untuk bantu kalian keluar dari ruang dendam yang bersarang dalam diri kalian . percayalah pada aku , setelah kamu memaafkan dia dengan seikhlasnya , Allah akan membantu mu . dan aku akan merasa tenang selepas itu . lagi pula kamu harus tahu bahawa doa orang teraniaya adalah antara doa yang mustajab . kalau benar kamu percaya pada kifarah Allah , maka apa yang perlu kamu khuatirkan ? serah saja semua pada-Nya , tidak perlu berdendam apa segala . malah aku pernah terbaca mengenai satu hadis yang berbunyi " orang yang kuat adalah orang yang berjaya menahan marah " .


belajarlah untuk memaafkan . hati ini terlalu sensitif , maka ia akan mudah terluka . tapi jika ia di latih , maka kita akan sentiasa siap untuk menghadapi segala rintangan yang bakal Allah berikan . jika kita di sakiti seseorang , janganlah kita membenci dia tetapi anggaplah dia sebagai sarana ujian di mana Allah sedang menguji sejauh mana sabar dan keteguhan iman kamu . walau ia bukan mudah , berusahalah . 

seriously talk , aku sebenarnya benci manusia pendendam . 




Friday, 3 January 2014 • 20:08 • 0 Sweet hearts


Selagi anak perempuan belum bernikah , syurga nya adalah di bawah tapak kaki ibu . Manakala anak lelaki sampai bila pun , syurga nya tetap di bawah tapak kaki ibu . Menjadi tanggungjawab kamu wahai anak perempuan jika kamu belum bernikah dan wahai anak lelaki selagi ibu mu masih ada , bahagia kan lahh hati ibu mu kerana redha Allah terletak pada redha seorang ibu . Tidak kira atas alasan apa sekali pun kamu yg kamu beri utk lepas diri dari tanggung jawab , kamu tetap di gelar penderhaka , alasan mu tidak di terima . Sebenci mana pun kamu terhadap sesuatu atau seseorang itu , tapi andai ia adalah kesukaan ibu mu , maka jangan lah kamu menyakiti nya . Hati ini nampak kuat tapi sebenar nya sangat rapuh bila melihat mana mana wanita yg di gelar ibu di sakiti hati nya di remuk kan jiwa nya . Anak perempuan , tak perlu berniat utk menjaga hati bakal suami andai hati ibu mu kamu tak peduli . Anak lelaki , jangan berangan mencari tulang rusuk kiri andai syurga bawah tapak kaki tak mampu kamu peliharai . Maaf andai kata kata ku menggores hati tapi ini sekadar nasihat umum yg ingin aku kongsi . Diri ini juga banyak khilaf , mari lah kalian bersama aku perbaiki diri . 


kawan , ibu itu adalah syurga . bahagikan ibumu , syurga adalah jaminan nya . sungguh kawan , aku sangat membenci orang yang suka menyakiti ibu nya . tahukah kamu ibu adalah anugerah ? tanpa ibu masakan kamu lahir ke dunia ini . tanpa ibu , masakan kamu akan membesar meneruskan hidupmu . seburuk mana pun dia , sehina mana pun dia , hakikatnya dia masih ibu mu . andai ibu mu adalah wanita pendosa , dosa nya itu dengan Allah . biarlah Allah yang menghukum , kamu sebagai anak harus jalankan tanggungjawabmu seperti biasa . 

ibu ku adalah segala galanyaa bagi aku . bagaimana terkesan pun hati ku dengan layanan nya , aku tetap akan berbuat apa sahaja suruhan ibu . kadangkala ada rakan rakan yang sudah jelik dengan ku sebab apa pun yang mereka rancang dan melibatkan aku , aku akan kata " nanti aku bagitahu ibu dulu " . apa pun kata mereka , aku tetap akan dahulu kan ibu ku . ya , tidak di nafikan bahawa tak semua benda yang ibu minat , kita akan minat . tak semestinya ada seseorang yang ibu sayang , kita akan sayang . aku juga begitu , sama macam kamu , tak semua nya aku setuju dengan ibu . tapi satu perkara yang kamu harus tahu , walau macam mana tak setuju pun aku dengan ibu , tidak terlintas di fikiran aku apatah lagi di hati aku untuk membuang barang kesukaan ibu , menghina apa apa kegemaran ibu , menyakiti orang orang yang ibu sayang walau ada antara mereka yang aku benci . kerana aku tahu , walau aku tak menyakiti hati ibu secara kasar nya , tapi dengan berbuat begitu , sama seperti aku mematikan bunga bunga bahagia di hati nya . tidak sanggup aku melihat kekecewaan tergambar pada wajah suci nya .

ibu , maafkan anak mu yang masih punya banyak dosa pada mu . selagi kamu hidup , aku akan berusaha semampu ku untuk sentiasa cuba menyenangkan diri mu . itu janji aku wahai ibu .

Wednesday, 1 January 2014 • 06:45 • 0 Sweet hearts


2013 , akhirnya kau pergi tinggalkan aku . terima kasih kerana memberikan aku kesempatan untuk aku mencoretkan kisah hidup aku sepanjang aku bersama kamu . walaupun kamu banyak memberikan aku kenangan pahit tapi aku tahu itu bukan salah kamu . itu semua pengajaran buat aku untuk terus matang dalam kehidupan . agar aku lebih siap untuk terus maju ke depan . kamu juga banyak memberikan aku pengalaman manis yang mana itu semua akan membuatkan aku sedar bahawa hidup bukan selamanya duka . terima kasih atas kerjasama . pergilah kamu dan pemergianmu tidak akan ku tangisi . 


2014 , kini tiba masa nyaa untuk aku dan kamu mencipta memori bersama . apa yang aku harapkan semoga aku memperoleh kebahagiaan sepanjang dengan mu . janganlah kamu sakiti aku walau sedikit pun . aku sudah penat di sakiti , aku sudah letih di benci . tapi andai kamu masih mahu menyeksa aku , maka aku sudah siap untuk itu . try me if you dare !


Assalamualaikum Shafikah Sukri . Wahai diri , hari ini adalah 1 januari . Permulaan bagi tahun 2014 yg bakal dinikmati bagi semua umat manusia . Sudah bersediakah kau wahai diri untuk memperjuangkan hidupmu melakar garis garis gembira mencanting lukisan lukisan bahagia ? Kepada hati , sudah kah kamu membentengkan dirimu dgn semangat dan tekad agar terus tabah dan kuat untuk mengharungi segala percaturan hidup yg bakal kau tempuhi ? Kepada iman , apa khabar diri mu dan apakah ia masih teguh untuk berusaha seikhlasnya demi mencapai redha Ilahi ? Jangan kau takut wahai diri , jangan kau bimbang wahai hati , jangan kau gusar wahai iman . Bersiaplah kalian untuk segala pengalaman suka duka manis pahit kehidupan yg bakal kalian tempuhi sepanjang 2014 nanti . Ingatlahh wahai diri , hidup ini penuh dengan manusia bertopengkan haiwan . Seandai nyaa ada insan yang cuba memjatuhkan diri mu , jangan di layan mereka itu . Anggap lahh mereka adalah insan malang kerana tidak berjaya membangunkan diri mereka sendiri kerana itu mereka berusaha menjatuhkan orang lain . Anggap lahh masalah itu sebagai cabaran untuk terus matang dalam kehidupan , untuk kamu terus tabah mengharungi segalanyaa . Pesanku , jangan biarkan dirimu goyah dan mudah jatuh , sekiranya terjatuh maka bangkitlah dengan segera . Bersyukur saat suka , beristighfarlah saat duka . Jauhi prasangka buruk dan cubalah husnudzon . Semoga kamu kuat dan terus kuat kerana dirimu tidak akan mampu membantu orang lain menjadi kuat seandainyaa kamu sendiri pun belum cukup kuat . Moga Allah memberkati diri ini . Selamat datang 2014 . Semoga kehadiranmu akan membuka lembaran baru yg lebih membahagiakan jiwa . La Takhaf wa La Tahzan , Innallaha Ma'ana .



Wednesday, 18 December 2013 • 16:51 • 0 Sweet hearts


happy birthday to me !! 
alhamdulillah finally masuk jugak umur 18 walaupun agak terlewat . terima kasih untuk semua orang yang sudi wish my birthday di facebook , twitter , wechat , whatsapp , message dan yang call juga . semoga kalian di rahmati Allah . terima kasih juga untuk sahabatku , Farisya , sebab sudi sambut birthday aku dengan Tyra . terima kasih sebab bawa Piejan untuk celebrate sekali .

seriously say , terharu gila semalam . memula tu memang tak expect yang si cinta hati akan datang sebab dua hari sebelum tu kitorang gaduh and semalamnya pulak dia tak bagitahu pun dia balik cuti . katanya tak jadi cuti sebab ada kursus di sarawak . dengan lurus bendulnya aku percaya . memula memang lahh kecewa sikit tapi lelama lepas tu dengan seikhlas hati nya aku redha lahh sb itu kan kerja dia . pagi semalam even my birthday , tak rasa nak mcj or call sesape apatah lagi nak reply all the wish yang I dapat . mesej dari Piejan pun si Farisya yang balas . plan nak ke karaoke je sebenarnya tapi singgah kfc dulu sb Farisya kata lapar *kononnya* . lepas dah lepak lepak kfc tu , Farisya ngan Tyra nak perli beli junkfood dgn mineral so dorang tinggal aku dalam kfc tu sorang sorang . you know what , tetibe aku nampak cam ada tangan letak kek atas meja tapi serius taktahu kenapa aku tak tengok pun sape orang tu . aku langsung tak pandang belakang , takda rasa riak terkejut ke apa . haishh apahal ngan aku nie , takda perasaan ke apa ? haha aku just pandang jee kek tu . dan pemilik tangan misteri tersebut akhirnya menjelma kan diri di hadapan mata . haih si cinta hati rupa nya . gila aku terkejut sampai terbaling phone ngan kunci kereta kat dia * maaf sayanggg * . masatu taktahu apa nak kata . nak nangis , terharu , happy , terkejut , takpercaya taksangka , semua nya aku rasa .

he give me a cake and birthday present *tengs sayanggg* . then kitorang gerak ke karaoke and melalak lahh aku dengan suara sumbang aku tu . hhaha lol . then kitorang lepak kat tasik proton city sampai petang . jujur cakap , happy sangat dengan semua nie . dapat jugak tengok dia , jumpa dia , spendtime jap ngan dia . alhamdulillah . paling happy bila malam tu dapat birthday wish dari ayah . actually memang menunggu jugak wish dari ayah sejak pagi . takda lah meletak sepenuh harapan yang ayah akan wish tapi mengharap jugak lah aku . terima kasih ya Allah kerana mengabulkan permintaan ku .


rasa bersyukur ini taktahu nak cakap camana lagi dah . aku terlalu bersyukur atas segala yang berlaku . walaupun dapat berita yang sangat mengejutkan dari Piejan yang dia akan ke gaza setahun untuk misi bantuan , tapi aku bersyukur dia datang . agaknya kalau semalam tak dapat jumpa dia , mungkin aku akan terkilan sebab lepas nie memang setahun lah nak jumpa balik . berbincang mengenai soal itu , menangis jugaklah aku dalam kereta  sampai dia pun penat dah lapkan air mata . ya Allah , peliharalah dia agar selamat pergi dan balik . 

shafikah sukri : you are already eighteen . hadapi hidupmu dengan matang . jalani hidupmu dengan tabah . jangan sesekali mudah menyerah dengan segala ujian yang mendatang . anggaplah semua ini sebagai dugaan dari Allah untuk menguji iman dan taqwa mu . didiklah hatimu untuk sentiasa bersabar dan bersangka baik dengan setiap perancangan Allah . semoga kebahagiaan itu menjadi milikmu di dunia dan di akhirat . 



Sunday, 15 December 2013 • 21:11 • 0 Sweet hearts


bila kau letih dan hilang semangat , Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya . bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka , Allah telah mengira air mata mu . 
kerana Allah aku dilahirkan . kepada Allah aku akan dikembalikan . dengan itu ya Allah , dengan redha dan ikhlas , aku serahkan diriku , jasad bersama rohku , hati dan jiwaku , semuanyaa untukMu ya Allah . segala ketentuanMu aku terima . segala galanyaa . apa jua takdir yang Kau telah aturkan , aku siap untuk menerima . jika bahagia yang perlu aku kecapi ,  mohon jagakan hati ini agar pandai bersyukur dengan nikmat Mu . jika derita yang perlu aku hadapi , mohon kuatkan hati ini agar tidak mengeluh dengan ujian Mu . jadikanlah aku hamba Mu yang tabah ya Allah . jadikanlah aku hamba Mu yang tidak mudah berputus asa menempuh ranjau kehidupan . 


menangislah wahai diri . menangislah selagi mampu . menangislah kalau itu yang kau rasa perlu . menangislah sepuasnya sehingga satu saat air mata mu kekeringan dan tidak mampu untuk menangis lagi . bersabarlah wahai hati . bersabarlah selagi mampu . semoga kau terus tabah wahai hati . setelah sekian lama kau bersabar dengan pelbagai dugaan , janganlah kini kau menyerah . aku merayu pada kau wahai hati , tidak kira betapa beratnya ujian melanda , berapa sakit dan seksa kau dilukai , mohon kau kuat dan terus utuh . redha kan lah olehmu wahai hati untuk disakiti dan dilukai asalkan kebahagiaan milik mereka . turutkanlah kemahuan mereka wahai hati jika itu yang mampu membuatkan mereka puas . 

shafikah sukri : La Takhaf wa La Tahzan Innallahama'ana . 


Saturday, 7 December 2013 • 18:23 • 0 Sweet hearts


aku hanya manusia ,
ada masa aku rasa hilang pertimbangan ,
ada masa aku rasa perlukan pertolongan , 
ada masa aku rasa aku tak mampu sendirian .

mereka juga manusia ,
ada masa mereka mengata tanpa membuat pertimbangan ,
ada masa mereka menjaja cerita seperti tiada belas kasihan ,
ada masa mereka benci seseorang sebab tak dapat apa yang mereka mahukan .

kenapa ?
kerana aku dan mereka hanya manusia ,
manusia yang tak lepas dari kesilapan ,
tiada yang sempuarna ,
namun apa yang membezakan aku dan mereka ?

H A T I


Friday, 6 December 2013 • 05:17 • 0 Sweet hearts


sendiri itu terapi . buktinya ? kita akan lebih muhasabah diri saat kita bersendiri . ada ke orang yang tengah sibuk mesyuarat , time time macam tu lah dia nak muhasabah diri dia ? mestilah tak masuk akal kan ? mana dia nak fokus on mesyuarat lagi , nak mempernetulkan diri lagi , silap silap dia yang takk betul nanti . hahaha LOL . 

time bersendiri ni lah kita nak lihat terus ke dasar hati kita . mengingat dosa dosa lalu . haiiiiiii tentu banyak , kan ? ya aku juga begitu . dan aku malu dengan dosa ku . Allah , ampunkan lahh aku . fikir lahh , kau ada kawan yang ramai . yang cheerful , joyful , funny . setiap hari kau bergembira . kau bergelak ketawa . tapi adakah gembira kau membawa bahagia ? 

waktu bersendiri lah kau nak kembali kan hati kau yang hilang . yang telah lama hilang . bahagian mana yang hilang ? hati kau , kau jee tahu . tak perlu lah di cerita kan di sini . maaf ! bukan aku tak mahu tahu tapi aku mahu kau kenal hati kau . kenal dengan hati budi . 

percaya aku , sendiri itu terapi yang indah . betul betul indah bagi mereka yang benar benar memahami istilah sendiri .

shafikah sukri : bersendirilah jika kau rasa kusut . bersendirilah jika kau menginginkan ketenangan . bersendirilah saat perlu . bersendiri itu terapi . 


Saturday, 30 November 2013 • 01:36 • 0 Sweet hearts


Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat
Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah, hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma
Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya


assalamualaikum .
puan bonda , warkah ini adalah untuk puan bonda tercinta . seandai nyaa ada terkasar bahasa , tersilap bicara , tersalah kata kata , maafkanlah anakanda . 
puan bonda , tiada insan lain di dunia ini yang anakanda laburkan kasih sayang anakanda pada nya melebihi cinta anakanda buat bonda . puan bonda , kalau lah puan bonda tahu betapa anakanda mu ini terlalu takut kehilangan mu . 
puan bonda , anakanda lah satu satu nya insan yang terlalu mengkagumi puan . puan terlalu tabah orang nya . terlalu kuat hati nya . kadangkala anakanda yang menangis mengenangkan ketabahan yang puan tunjukkan demi membuat anakanda bahagia .
puan bonda , anakanda sentiasa berdoa agar puan sentiasa dimurahkan dan ditambahkan rezeki yang melimpah ruah oleh Allah . semoga puan dipanjangkan umur dengan keberkatan dan keredhaan Ilahi . semoga puan sentiasa bahagia dan mencapai setiap apa yang puan inginkan . 
puan bonda , suka anakanda beritahu di sini bahawa anakanda sentiasa merindui puan setiap saat , setiap detik , setiap waktu . andai anakanda di beri pilihan , akan anakanda bawa puan bersama ke mana sahaja anakanda berada kerana anakanda tidak betah untuk hidup tanpa puan bonda . 
puan bonda , terima kasih anakanda ucapkan atas jasa puan yang tidak ternilai banyak nya . terima kasih atas kesudian puan mengandungkan anakanda , malahirkan serta menjaga anakanda , menatang bagai minyak yang penuh , bersusah payah demi melihat anakanda senang . anakanda tahu , puan telah banyak berkorban demi anakanda .
puan bonda , anakanda berjanji akan membalas segala jasa puan selagi hayat anakanda di kandung badan . anakanda akan berusaha sedaya upaya anakanda membahagiakan puan . anakanda berjanji tidak akan meninggalkan puan keseorangan melainkan maut yang memisahkan .
puan bonda , telah banyak dosa anakanda pada puan selama anakanda hidup . tiada apa yang anakanda harapkan melainkan keampunan dari puan semata mata . diharapkan puan dapatlah memaafkan anakanda dunia dan akhirat .
puan bonda , akhir kata dari anakanda , sesungguhnya puan , anakanda cintakan puan ik


Saturday, 23 November 2013 • 09:39 • 0 Sweet hearts


Suatu saat 
Aku pernah jatuh 
Jatuh sedalam yang mungkin
Tapi bila aku fikir
Mati aku bukan kerana kau
Dari situ aku bangun semula
Syukur !


kalau kau jatuh , kau mahu tunggu pertolongan itu datang atau kau nak cuba untuk bangun sendiri ? biar aku bagitahu seperkara -- kalau kau terus berbaring dan tunggu , percaya aku , kau akan selamanya di situ . kalau kau cuba bangun even terpaksa jatuh sekali lagi , lagi dan lagi , tapi selagi kau terus berusaha , kau akan berjaya . kita yang kena kuasai minda . jangan biarkan minda yang mengusai kita . ingat , poetic itu kena reading between the lines . kalau kau reading outside the lines , nampak sangat merekacipta merapik meraban . imaginative gaban ! mungkin susah untuk kau faham apa yang aku sampai kan . ahh yang penting aku sudah meluahkan . 

shafikah sukri : live your life !



• 09:22 • 0 Sweet hearts


why I love him ? he brought me back my happiness once I have lost . I wasn't looking when I stumbled onto him , thus must have been fate . he makes me smile without even trying to . he sees what a mess I can be and still calls me " beautiful " . he says things and he means it . his eyes , his smile , his laugh . they're just perfect . his personality is just like wow . and lastly ,because he loves me for me . I dont have to impress him to love me this much . I won't tell you anymore about him beacuse I'm scared you might just fall in love with him too . 


• 09:07 • 0 Sweet hearts


Awak,
Buat apa tu?
Dah makan?
Ada sakit apa-apa?
Kerja okay?
Hari ni ada apa-apa nak mengadu tak?
Kalau semua orait, baguslah.

Awak,
Hari ni cinta masih kuat, rindu masih likat, harap awak sentiasa dekat.
Tapi masa depan kita tak boleh nak teka teka.
Mana tau esok hari tiada jodoh antara kita.
Maka itulah tujuan surat ini, sebagai penguat semangat.
Sengaja saya tulis dalam bentuk entri supaya awak tak boleh bakar sebab taknak ingat.

Awak,
Seperti malam boleh menjadi pudar,
Hujan boleh berhenti, bunga tidak berkembang,
begitu juga dengan perasaan.
Boleh sahaja perasaan itu kurang atau hilang tiba-tiba,
Tapi janganlah awak beranggapan ada kurang di pihak awak atau saya,
Itu mungkin kehendak Tuhan.

Kehendak Tuhan kena pasrah, tak boleh resah, parah atau marah-marah.
Dan jangan pula awak menyerah kalah.

Benda dah lepas, maka lepaskanlah.
Pegang masa depan dengan erat,
andai ia terlepas, awak baca semula ayat pertama perenggan ni.

Awak,
Biasakanlah hidup tanpa saya,
Risau-risau saya hilang tiba-tiba,
Hilang diambil Tuhan atau hilang tanpa berita.

Mungkin cinta sahaja tidak cukup,
mungkin bayangan wajah awak di siling setiap malam tidak cukup,
mungkin mimpi indah juga tidak cukup,
mungkin apa yang cukup mungkin juga tidak nampak cukup.

Deep kan ayat tadi?
Saya baru terpikir tu, terasa genius jugak.

Awak,
Jika hubungan kita berakhir,
dan saya kelihatan tidak peduli tentang awak,
percayalah, saya peduli.
Apa orang lain pikir, saya tak peduli.

Saya cuma tidak mahu mengganggu,
mengganggu hidup dan hati,
tak perlu ditunggu,
cukup jika awak bahagia dan tak pernah termangu.

Dalam cinta, tak ada tapi tapi,
Tak ada keputusan seri,
Perlu jelas dan sentiasa bererti.

Andai saya kalah memiliki awak,
maka saya terima segala kelemahan saya.
Andai awak kalah memiliki saya,
maka awak kena terima yang awak rugi gila.

Tiba-tiba, saya rasa melankolik,
rasa macam pasir masuk mata,
tapi jangan risau, bab sedapkan hati sendiri saya cukup terer.

Jika tanpa saya atau adanya saya,
benda paling penting awak bahagia,
awak bahagia, saya juga,
kalau rabak sikit sikit tu perkara biasa.

Saya sudahkan surat ini dengan ucapan maju jaya,
semoga cinta ada ruang,
semoga kita ada peluang,
andai semuanya terbuang,
jangan pernah berhenti berjuang.

Salam sayang teramat sayang untuk kekasih yang manis tapi kadang kadang bengis.


P.S : Surat ni hanya valid kalau tiba-tiba status awak bertukar menjadi bekas kekasih. Kalau belum, anggap sahajalah saya menulis di bawah pengaruh dadah. 

credit to : brader leplep 


• 09:01 • 0 Sweet hearts

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

bukan senang nak jadi senang . bukan susah nak jadi susah . hidup nie kalau tak usaha manakan mungkin akan berjaya . kadangkala kita marah , kenapa Allah selalu tak adil ? mengapa Allah susah nak kabulkan permintaan kita ? satu hal yang kita perlu tahu ialah , Allah takkan beri apa yang kita minta tapi apa yang yang kita perlu . kerana apa yang kita minta belum tentu akan diperlukan dalam hidup kita . the power is Trust to Allah . yes , trust ! kalau kau tak percaya dengan perancangan Allah , habis tu dengan siapa lagi nak percaya ? kadangkala hidup nie , kita memang kena lalui satu jalan yang penuh dengan duri , kaca , taik , batu batu besar , semak samun dan macam macam lagi kesukaran sebelum kita berjumpa dengan sungai jernih yang mengalir , burung burung berterbangan dan pelbagai lagi keindahan di penghujung jalan . paham ? if not , try to understand . hee ^_^ kalau jatuh , bangun lah . jangan berhenti berusaha selagi diri masih hidup . kalau nak give up sangat , baik pergi mati . 


note to myself : eyka , hidup nie tak semesti nyaa indah belaka . tolong ready untuk tempuhi segala macam dugaan pada bila bila masa pun . 


Menu

POST STATUS


Klik the navigation you want to see older post and my status ;)



Disclaimer

Bonjour! Thanks for visiting my blog :D Hate my blog?click Here
Music Box



Advertise



Template made by: Safira Nuril Izzah
Blog Owner: Eyka Muntell
Base code: Eza Chimi
Some stuff: ♥ ♥ ♥ ♥